Sekurang-kurangnya 24 maut dalam kemalangan membabitkan trak dan sebuah kenderaan lain di Auriya, di sini, Sabtu lalu. FOTO AGENSI
Sekurang-kurangnya 24 maut dalam kemalangan membabitkan trak dan sebuah kenderaan lain di Auriya, di sini, Sabtu lalu. FOTO AGENSI
Agensi

Uttar Pradesh: Sekurang-kurangnya 24 maut dalam kemalangan membabitkan trak dan sebuah kenderaan lain di Auriya, di sini, Sabtu lalu.

Kemalangan itu juga menyebabkan beberapa lagi penumpang cedera dan mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi sebelum sepasukan dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat.

CNN melaporkan, Pegawai Polis Daerah Suresh Kumar berkata, siasatan lanjut berhubung insiden itu masih giat dijalankan.

Difahamkan, ribuan pekerja migran di utara India meninggalkan bandar utama sejak kerajaan melaksanakan perintah berkurung 24 Mac lalu.

Perintah berkurung itu masih dijalankan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di negara berkenaan.

Mereka dikatakan terpaksa pulang ke kampung halaman selepas diberhentikan kerja kerana operasi tempat dihentikan sementara waktu.

"Kemalangan jalan raya du Auriya sesuatu yang tragik. Kerajaan akan membantu kerja menyelamatkan mereka yang terbabit dan memberikan bantuan sewajarnya," kata Perdana Menteri Narendra Modi.

Narendra juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut selain berharap mereka yang cedera segera pulih.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 2:59 PM