SEORANG warga emas memakai pelitup muka menolak troli melewati mural di Singapura. FOTO AFP
SEORANG warga emas memakai pelitup muka menolak troli melewati mural di Singapura. FOTO AFP
Agensi

SINGAPURA: Angka jangkitan Covid-19 di Singapura hari ini terus melonjak kepada 22,460 kes.

Channel News Asia melaporkan, republik itu merekodkan pertambahan 753 kes baharu yang dilaporkan sehingga tengah hari ini.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, daripada jumlah itu, sembilan kes membabitkan warga republik itu atau penduduk tetap.

Manakala, sebahagian besar kes dilaporkan daripada pemegang permit kerja yang menghuni asrama pekerja asing.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2020 @ 6:04 PM