CHRIS Woodhead mencacah tatu pada tubuhnya sepanjang perintah kawalan pergerakan di United Kingdom. FOTO Agensi
CHRIS Woodhead mencacah tatu pada tubuhnya sepanjang perintah kawalan pergerakan di United Kingdom. FOTO Agensi
Agensi

London: Disebabkan kawalan pergerakan bagi mengekang Covid-19, seorang lelaki di utara London mengisi masa lapangnya dengan mencacah tatu pada badannya.

Chris Woodhead mula memenuhi 'ruang kosong' pada badannya dengan pelbagai elemen ukiran tatu.

Bermula dari hujung jari tangan hingga jari kaki, kini tubuhnya sudah dipenuhi pelbagai jenis tatu.

Ia termasuk karakter haiwan sehingga simbol cinta.

BBC News melaporkan, tindakan lelaki itu bukan sesuatu yang baharu kerana dia mula mencacah tatu sejak berusia 18 tahun lagi.

Seiring dengan peningkatan usia, keterujaan untuk mengukir pelbagai lukisan tatu semakin menjadi-jadi, malah lebih agresif sejak Covid-19.

Kini, dianggarkan ada lebih 400 lukisan tatu pelbagai karektor pada tubuhnya.

Lelaki itu kini bingung kerana kekurangan ruang kosong di tubuhnya untuk menambah koleksi tatu.

"Tiada aktiviti yang dapat dilakukan sepanjang kawalan pergerakan ini, selain hanya makan dan minum sepanjang hari, jadi saya cacah tatu," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 7:00 AM