BANGUNAN Empire State. FOTO AFP
BANGUNAN Empire State. FOTO AFP
AFP

New York: Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan langkah lanjutan tempoh berkurung hingga 15 Mei depan.

Cuomo berkata, berdasarkan data keadaan bertambah baik, namun langkah itu sebagai berwaspada.

Katanya, jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital termasuk unit rawatan rapi (ICU) juga semakin menurun, namun kadar jangkitan harus diturunkan lagi sebelum aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi.

“Saya mahu melihat kadar jangkitan menurun lebih banyak. Saya tidak mahu projek ini melebihi jangka masa. Sebulan tempoh yang lama,” katanya dalam taklimat harian.

Lebih 609 orang maut di pusat pandemik Covid-19, Amerika Syarikat yang mana jumlah itu paling rendah dalam tempoh 10 hari.

Cuomo mengumumkan sumbangan 100 ventilator ke kawasan terjejas seperti New Jersey, Michigan dan Maryland.

New York mencatatkan sekurang-kurangnya 11,586 orang maut akibat wabak itu dengan lebih setengah juta diuji positif.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2020 @ 11:41 AM