LILIS dirawat di hospital.
LILIS dirawat di hospital.
Agensi

BENGANG permintaannya mahu berbaik ditolak, seorang lelaki di Mojokerto, Indonesia tergamak menyerang isterinya dengan pisau belati.

Akibat kejadian itu, mangsa, Lilis Setyowati parah dan dikejarkan ke hospital.

Tribunnews melaporkan, ketika kejadian di Desa Medali, Mojokerto, suspek, M Yaudik, 34, menghampiri mangsa yang berada di atas motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Yaudik dipercayai melibas pisau belati mengakibatkan mangsa cedera di pergelangan tangan kiri, siku kanan dan punggung.

Malah, lelaki itu juga cuba mencederakan muka mangsa.

Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik apabila kejadian disedari orang ramai serta membantu menghantarnya ke hospital.

LOKASI mangsa ditikam suami denggunakan pisau belati.
LOKASI mangsa ditikam suami denggunakan pisau belati.

Namun, suspek sempat menghilangkan diri.

Ketua Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Mojokerto, Dewa Putu Prima mengesahkan kejadian.

“Suspek bengang permintaannya untuk rujuk ditolak. Wanita itu menganggap lelaki itu sebagai saudara.

“Siasatan di tempat kejadian menemui pisau dengan kesan darah,” katanya.

Katanya, polis giat memburu suspek.

“Suspek dan mangsa masih berstatus suami isteri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2020 @ 6:00 AM