BANDAR Wuhan kembali meriah selepas pihak penguasa China berjaya mengekang Covid-19.
BANDAR Wuhan kembali meriah selepas pihak penguasa China berjaya mengekang Covid-19.
Reuters

Wuhan: Bandar di China yang menjadi pusat wabak Covid-19, Wuhan mengakhiri perintah berkurung selama dua bulan bermula hari ini dengan beberapa perkhidmatan awam beroperasi semula selain pintu sepadan sudah dibuka.

Malah, beberapa rutin harian turut disambung selain keluarga yang terpisah sebelum ini bersatu semula.

Guo Liangkai, 19, pelajar yang bekerja di Shanghai sepatutnya berada di sana selama sebulan namun, disebabkan perintah berkurung itu, dia terpaksa berjauhan dengan keluarga selama tiga bulan.

“Saya gembira dapat bersatu semula dengan keluarga. Kami mahu berpelukan namun, dalam keadaan ini kami tidak boleh berbuat demikian,” katanya.

Pihak berkuasa mengambil langkah drastik dengan menghalang 11 juta penduduk Wuhan meninggalkan bandar itu.

Hanya perkhidmatan asas saja dibenarkan beroperasi dalam tempoh berkenaan.

Wuhan mencatatkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di China dan ketika ini jumlahnya terus merosot dengan kes terbaharu dilaporkan Isnin lalu.

Walaupun keadaan dilihat semakin pulih, namun Wuhan masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan petugas kesihatan masih mengenakan pakaian perlindungan penuh selain sukarelawan dilihat menawarkan cecair pembasmi kuman di tempat awam.

Malah, mereka juga perlu mempunyai kod kesihatan di telefon pintar masing-masing sebelum menggunakan pengangkutan awam.

Langkah ini diambil kerana pihak berkuasa masih bimbangkan pembawa tanpa gejala yang mungkin boleh menyebarkan virus berkenaan.

Bagaimanapun, penduduk Wuhan tidak dibenarkan meninggalkan bandar berkenaan sehingga 8 April nanti.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2020 @ 7:32 PM