SERPIHAN Hercules C-130 ditemui. FOTO Reuters
SERPIHAN Hercules C-130 ditemui. FOTO Reuters
AFP

PUNTA ARENAS: Pasukan penyelamat mencari pesawat pesawat tentera udara Chile yang hilang ketika menuju ke Antartika menemui serpihan terapung dan barangan peribadi dipercayai milik kapal terbang C-130, kata Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, semalam.

Antarctic Endeavour yang membawa bendera Chile, mengesan serpihan yang berkemungkinan sebahagian daripada sisa tangki tangki minyak dalaman,” kata Komander Angkatan Tentera Udara, Eduardo Mosqueira, dalam sidang akhbar.

Menurut Mosquiera, bangkai itu ditemui 30 kilometer dari kedudukan terakhir pesawat apabila ia hilang daripada skrin radar pada jam 6.13 petang waktu tempatan, Isnin lalu.

“Serpihan bangkai yang ditemui dijangka tiba di Punta Arenas hari atau beberapa hari lagi,” katanya.

Pesawat Hercules C-130 dalam penerbangan ke pangkalan Eduardo Frei, Chile, kata seorang pegawai.

Kapal dan pesawat peninjau dari Amerika Syarikat, Brazil, Uruguay, Argentina dan Chile bersama-sama mencari di kawasan hampir seluas 1,000 kilometer persegi sekitar kedudukan terakhir kapal terbang berkenaan di Drake Passage, wilayah arus kuat di selatan Cape Horn dan utara Antartika.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 12:24 PM