FETUS harimau Sumatera yang dirampas daripada pemburu haram. FOTO AFP
FETUS harimau Sumatera yang dirampas daripada pemburu haram. FOTO AFP
AFP

JAKARTA: Kulit harimau Sumatera yang terancam dan empat fetus dirampas selepas beberapa pemburu haram ditahan polis Indonesia.

Menurut pihak berkuasa, suspek berkemungkinan merancang untuk menjual kulit harimau itu kepada pengumpul asing. Tulangnya pula digunakan dalam produk ubat-ubatan terkenal di beberapa lokasi di Asia.

Tetapi tidak jelas bagaimana mereka akan menggunakan janin yang disimpan di dalam balang.

Bukti berkenaan disampaikan polis pada sidang media semalam selepas mengumumkan penangkapan tiga suspek.

“Kami mengesyaki mereka akan jual kulit itu kepada pengumpul dan bukan hanya di Indonesia,” kata ketua penguatkuasaan hidupan liar, Edward Hutapea di Pekanbaru di pulau Sumatera kepada AFP hari ini.

Sekiranya disabitkan kesalahan, ketiga-tiga mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun.

Menurut TRAFFIC, pemburuan haram menyebabkan hampir 80 peratus harimau Sumatera pupus.

Menurut kumpulan International Union for Conservation of Nature (IUCN), harimau Sumatera dianggap amat terancam dan dipercayai kurang daripada 400 ekor dipercayai masih hidup.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 9:08 PM