ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa dalam runtuhan.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa dalam runtuhan.
Reuters

WARSAW: Empat orang terbunuh selepas bangunan tiga tingkat sebuah pusat peranginan ski di Szczyrk, Poland runtuh akibat letupan gas semalam.

Jurucakap polis berkata mayat mangsa termasuk seorang kanak-kanak ditemui dalam runtuhan.

Dipercayai sekitar lapan orang berada dalam bangunan itu dan anggota bomba masih mencari mangsa.

Stesen televisyen Poland, TVP melaporkan kira-kira 100 anggota bomba dan 50 anggota polis berada di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 2:46 PM