PENUNJUK perasaan bertempur dengan polis pada hari kelima bantahan di Santiago, Chile, hari ini. FOTO AFP
PENUNJUK perasaan bertempur dengan polis pada hari kelima bantahan di Santiago, Chile, hari ini. FOTO AFP
AFP

SANTIAGO: Seorang budak berusia empat tahun terbunuh ketika tunjuk perasaan di Chine menjadikan jumlah korban tunjuk perasaan anti-kerajaan sejak lima hari lalu, meningkat kepada 18 orang.

Menurut Setiausaha Rendah Kementerian Dalam Negeri, Rodrigo Ubilla, budak itu yang tidak dinyatakan jantinanya dan seorang lelaki dewasa terbunuh hari ini, apabila pemandu dipercayai mabuk merempuh kumpulan penunjuk perasaan.

Seorang lagi mangsa meninggal dunia hari ini, akibat kecederaan dibelasah polis sebelum ini.

Puluhan ribu menyertai tunjuk perasaan yang bermula dengan bantahan kenaikan kos pengangkutan awam yang membawa kepada rusuhan, serangan khianat dan mencuri dari kedai menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Oktober 2019 @ 10:29 PM