TENTERA Myanmar merentasi sebuah jambatan yang musnah akibat pertempuran yang berlaku di Nawnghkio, Shan State baru-baru ini. FOTO Agensi
TENTERA Myanmar merentasi sebuah jambatan yang musnah akibat pertempuran yang berlaku di Nawnghkio, Shan State baru-baru ini. FOTO Agensi
Reuters

YANGON: Seramai 19 orang terbunuh manakala lebih 2,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka sejak berlakunya pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak etnik minoriti di utara Myanmar minggu lalu, kata pegawai kerajaan, hari ini.

Mereka yang cedera dalam pertempuran terbaru itu mendapat perlindungan di sebuah biara di sekitar bandar Lashio di utara Shan dan bergantung kepada kumpulan sukarelawan serta kerajaan untuk bekalan.

“Kami hanya mempunyai barangan asas menyelamat serta wang tunai untuk mereka yang terlantar di kem, pesakit dan waris kepada ahli keluarga yang terbunuh,” kata pengarah Jabatan Pengurusan Bencana di Shan State, Soe Naing kepada Reuters.

“Bantuan akan dihantar selagi mereka perlu untuk tinggal di kem,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019 @ 8:11 PM