3 angkasawan yang selamat kembali ke bumi. FOTO Agensi.
3 angkasawan yang selamat kembali ke bumi. FOTO Agensi.
AFP

DZHEZKAZGAN, KAZAKHSTAN: Kru pertama yang pergi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selepas insiden pelancaran yang mencetuskan keraguan pada program angkasa lepas Russia, selamat kembali ke bumi hari ini selepas lebih 200 hari di angkasa.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) berkata, angkasawannya, Anne McClain dan Oleg Kononenko dari Russia serta angkasawan Kanada, David Saint-Jacques mendarat di kawasan padang rumput di Kazakhstan pada jam 0247 GMT.

Ketiga-tiga mereka berlepas pada 3 Disember lalu.

Ketiga-tiga angkasawan itu menjadi kru pertama ke ISS selepas roket Soyuz yang membawa angkasawan Russia, Aleksey Ovchinin dan angkasawan Amerika Syarikat (AS), Nick Hague mengalami kerosakan beberapa minit selepas berlepas menyebabkan mereka terpaksa membuat pendaratan cemas pada Oktober lalu.

Angkasawan itu tidak mengalami kecederaan tetapi kegagalan pelancaran itu adalah insiden pertama dalam sejarah Russia selepas era Soviet dan mencalarkan industri angkasa lepas negara itu yang sangat dibanggakan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 11:56 AM