BANGUNAN yang dalam pembinaan itu runtuh awal pagi semalam di bandar peranginan tepi pantai Sihanoukville. FOTO AFP
BANGUNAN yang dalam pembinaan itu runtuh awal pagi semalam di bandar peranginan tepi pantai Sihanoukville. FOTO AFP
AFP

PHNOM PENH: Jumlah kematian dalam tragedi bangunan runtuh milik syarikat China di Sihanoukville, bandar peranginan Kemboja meningkat kepada 17 orang, kata pihak berkuasa hari ini, ketika penyelamat berusaha mencari mangsa yang tertimbus.

Bangunan yang dalam pembinaan itu runtuh awal pagi semalam di bandar peranginan tepi pantai Sihanoukville di barat daya Kemboja, bandar pesat membangun sering dikunjungi pelancong.

Empat orang sudah ditahan dalam kaitan kemalangan itu termasuk pemilik bangunan berketurunan China, ketua firma pembinaan dan kontraktor. Seorang pemilik tanah tempatan juga ditahan di ibu pejabat wilayah untuk disoal siasat.

Bangunan tujuh tingkat itu hampir siap dibina apabila runtuh, menyebabkan puluhan pekerja terperangkap.

Pihak berkuasa wilayah Preah Sihanouk berkata, 17 orang maut dalam insiden itu dengan 24 cedera.

Lebih 1,000 orang termasuk askar, pegawai polis dan paramedik bekerja tanpa henti mencari mangsa yang terperangkap.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2019 @ 11:21 AM