ANTARA mangsa yang terselamat dari runtuhan bangunan di Sihanoukville.
ANTARA mangsa yang terselamat dari runtuhan bangunan di Sihanoukville.
AFP

SIHANOUKVILLE: Dua lelaki ditemui masih hidup hari ini, selepas terperangkap dalam runtuhan sebuah bangunan yang meragut sekurang-kurangnya 28 nyawa sejak Sabtu lalu.

Bangunan tujuh tingkat milik sebuah syarikat China itu runtuh awal pagi kelmarin ketika ramai pekerjanya tidur dalam bangunan yang masih dalam pembinaan di Sihanoukville.

Susulan tragedi itu, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen mengarahkan pemeriksaan di semua tapak pembinaan di Sihanoukville yang dibangunkan syarikat dari China.

Sementara itu, gabenor wilayah Preah Sihanouk, Yun Min meletakkan jawatan hari ini kerana mengakui melakukan kesilapan dalam pengurusannya.

Tiga rakyat China dan seorang pemilik tanah tempatan ditahan untuk siasatan berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2019 @ 8:12 PM