GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

KABUL: Tiga anggota tentera Amerika Syarikat dan seorang kontraktor tentera terbunuh dalam letupan di berhampiran Pangkala Udara Bagram, sini, hari ini.

Jurucakap polis wilayah Parwan, Salim Noori berkata, letupan itu berlaku sekitar jam 5.40 petang. 

Sebuah kereta membawa bahan letupan mensasarkan konvoi tentera pakatan, kata Salim kepada AFP.

Letupan itu serangan terbaru terhadap tentera Amerika Syarikat di tengah rundingan damai berterusan di Afghanistan selepas Taliban disingkirkan lebih 17 tahun lalu. 

Menurut misi Resolute Support diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), konvoi terbabit melanggar bom di tepi jalan dan letupan itu turut mencederakan tiga anggota tentera. 

Terdahulu, Taliban mendakwa melakukan serangan itu susulan seorang pengebom meletupkan kenderaan dipenuhi bahan letupan. 

Mereka berkata, sebuah kereta perisai turut musnah dalam letupan itu. 

Tahun ini, seramai tujuh anggota tentera Amerika Syarikat terbunuh di Afghanistan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 1:27 PM