SEORANG lelaki Russia dirakam mencampak kucing hitam ke arah moose yang sesat. FOTO Daily Mail
SEORANG lelaki Russia dirakam mencampak kucing hitam ke arah moose yang sesat. FOTO Daily Mail
Agensi

Moscow: Seorang lelaki menggunakan kucing hitamnya sebagai ‘senjata’ untuk menghalau seekor moose yang tersesat di kejiranannya.

Penduduk di Oktyabrsky panik apabila anak moose itu masuk ke kejiranan di bandar itu dari hutan berdekatan dipercayai selepas terpisah daripada ibunya.

Haiwan yang ketakutan itu berlari tanpa arah tuju dan menyebabkan kerosakan kecil terhadap kereta serta peralatan di taman permainan kanak-kanak.

Orang ramai berusaha menghalaunya kembali ke hutan dengan membaling bebola salji dan menjerit, namun gagal.

Bagaimanapun, seorang lelaki tiba-tiba bertindak luar jangkaan dengan mencampakkan kucing hitamnya ke arah moose itu menyebabkan haiwan terbabit melarikan diri sehingga terlanggar sebuah kereta.

Stesen televisyen NTV melaporkan, ‘peluru berbulu’ itu berjaya menghalau moose itu kembali ke hutan. Namun video itu dikecam pengguna Internet yang menganggap perbuatan penduduk terbabit kejam.

Keadaan kucing itu tidak diketahui.

HAIWAN liar itu berjaya dihalau namun tindakan lelaki itu menerima kecaman di media sosial. FOTO Daily Mail
HAIWAN liar itu berjaya dihalau namun tindakan lelaki itu menerima kecaman di media sosial. FOTO Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2019 @ 9:59 PM