SEBAHAGIAN jejantas berhampiran stesen keretapi Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus di Mumbai runtuh. -Foto Agensi
SEBAHAGIAN jejantas berhampiran stesen keretapi Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus di Mumbai runtuh. -Foto Agensi
AFP

NEW DELHI: Empat terbunuh manakala 34 lagi cedera selepas sebahagian jejantas berhampiran stesen keretapi Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus di Mumbai runtuh, petang semalam.

AFP melaporkan, jejantas itu sedang dibaikpulih dan kejadian berlaku pada waktu kemuncak sekitar jam 7.30 petang ketika stesen berkenaan sesak dengan penumpang.

Mangsa meninggal dunia di hospital dan Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan India turut menghantar anggota penyelamat ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa terperangkap.

Setiap hari, ribuan penumpang mengguna jejantas itu untuk menaiki keretapi di Central Railway dan Harbour Line.

Kejadian sama berlaku dua tahun lalu selepas jejantas di stesen keretapi Prabhadevi yang sesak dengan orang ramai runtuh dan mengorbankan 23 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 12:34 AM