ORANG ramai melihat mayat pekerja ladang teh yang maut akibat keracunan arak. FOTO Reuters
ORANG ramai melihat mayat pekerja ladang teh yang maut akibat keracunan arak. FOTO Reuters
AFP

GUWAHATI: Seorang lelaki ditahan kerana menjual arak beracun susulan kematian 93 orang selain lebih 200 lagi dimasukkan ke hospital akibat keracunan alkohol di timur laut India.

Kematian di Assam itu berlaku kurang dua minggu selepas 100 orang maut di Uttar Pradesh serta Uttarakhand akibat keracunan arak. Dalam kejadian terbaru ini, mangsa adalah pengutip teh, kebanyakannya wanita, yang mula jatuh sakit selepas minum arak itu pada Khamis lalu.

“Jumlah kematian kini meningkat kepada 58 orang manakala 75 orang masih dirawat di hospital tempatan,” kata timbalan pesuruhjaya daerah Golaghat, Dhiren Hazarika kepada AFP.

Seorang lagi pegawai dari daerah Jorhat berkata, 35 orang maut di situ akibat keracunan arak.

Polis berkata, selain suspek yang ditahan, dua pegawai eksais digantung tugas kerana gagal mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang penjualan arak berkenaan.

Mangsa pekerja di ladang teh dan kebanyakannya wanita. Jumlah kematian dijangka meningkat kerana ramai yang sedang dirawat dalam keadaan kritikal.

Laporan media tempatan mendakwa lebih 100 orang maut, namun jumlah sebenar masih disemak pihak berkuasa.

KAKITANGAN sebuah hospital di Golaghat, utara Assam sedang merawat mangsa. FOTO Reuters
KAKITANGAN sebuah hospital di Golaghat, utara Assam sedang merawat mangsa. FOTO Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Februari 2019 @ 8:46 PM