YOAV GALANT
YOAV GALANT
AFP

Baitulmuqaddis: Menteri Imigresen Israel, Yoav Galant memanggil semua penduduk Yahudi di Perancis pulang, selepas berlakunya perbuatan vandalisme anti-Semitik yang merosakkan kubur komuniti itu di selatan Perancis.

AFP yang memetik Galant berkata, tindakan itu mengingatkan kembali sejarah zaman kegelapan yang dilalui oleh Yahudi.

“Saya melawat komuniti Yahudi di Paris minggu lalu yang berdepan dengan serangan anti-Semitik dan dalam proses asimilasi.

“Saya mengutuk keras perbuatan itu dan memanggil pulang semua komuniti Yahudi untuk berhijrah ke Israel,” katanya dalam satu kenyataan.

Kira-kira 80 kubur Yahudi di Quatzenheim, wilayah Alsace yang berhampiran dengan sempadan Jerman, diconteng dengan semburan cat biru simbol nazi.

Terdapat juga nama kumpulan pemisah yang mempunyai kaitan dengan neo-Nazi pada 1970, Elsassisches Schwarzen Wolfe (Black Alsatian Wolves) diconteng pada kubur terbabit.

Satu perarakan diadakan di Paris dan beberapa bandar lain hari ini sebagai mengutuk keras serangan yang dilakukan beberapa minggu lalu itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Februari 2019 @ 11:47 PM