KEADAAN jerebu yang semakin buruk di sekitar Bangkok.  FOTO Daily Mail
KEADAAN jerebu yang semakin buruk di sekitar Bangkok. FOTO Daily Mail
Agensi

Bangkok: Situasi jerebu di Bangkok semakin buruk apabila segelintir penduduk mendakwa mengalami masalah kesihatan yang teruk hingga batuk berdarah akibat pencemaran itu.

Daily Mail melaporkan, terdapat beberapa gambar yang dimuat naik di media sosial yang menunjukkan terdapat kesan darah pada topeng muka mereka selepas batuk dan bersin.

Ia turut memberi kesan terhadap haiwan apabila seekor arnab terpaksa dihantar ke hospital haiwan kerana terdapat darah pada hidungnya.

Seorang pekerja, Nutthawut Sirichainarumit yang berkongsi salah satu gambar itu menunjukkan terdapat kesan darah di tangannya selepas bersin pada 15 Januari lalu dan mendakwa ia berpunca daripada jerebu.

KESAN daripada jerebu buruk kepada penduduk di sekitar Bangkok. FOTO Daily Mail
KESAN daripada jerebu buruk kepada penduduk di sekitar Bangkok. FOTO Daily Mail

“Hidung saya pedih ketika bernafas dua hari lalu. Ia menyebabkan saya bersin sepanjang malam hingga keluar darah pada pagi keesokannya.

“Saya terkejut kerana ia tidak pernah berlaku sepanjang hidup saya. Saya percaya ia berpunca daripada pencemaran yang berlaku ketika ini,” katanya.

Baru-baru ini kerajaan Thailand menutup 439 sekolah dan mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah itu termasuk menerbangkan dron untuk menyembur air tetapi dilihat kurang berkesan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Februari 2019 @ 2:39 PM