Pihak berkuasa Quanzhou mendenda timbalan pengarah cawangan dan menggantung tugas seorang anggota polis. FOTO  VCG
Pihak berkuasa Quanzhou mendenda timbalan pengarah cawangan dan menggantung tugas seorang anggota polis. FOTO VCG
Reuters

BEIJING: Tindakan polis mengganggu wartawan alam sekitar China ketika melaporkan tumpahan kimia mengundang kutukan atas talian dan memaksa pasukan keselamatan itu memohon maaf.

Penerbitan kewangan China, Caixin, Ahad lalu menerbitkan artikel ditulis Zhou Chen menceritakan bagaimana pihak berkuasa tempatan mengekori beliau beberapa hari ketika wanita itu melaporkan berita kebocoran bahan petrokimia di bandar raya Guangzhou di Fujian.

Pada lewat 11 November lalu, petang terakhir lawatannya, empat anggota polis memasuki bilik Zhou tanpa izin dan menggeledah barangan miliknya ketika beliau memakai baju tidur.

“Selepas mereka pergi, saya amat ketakutan untuk jangka masa panjang.

“Bagaimana mereka boleh menyerbu masuk ke dalam bilik hotel rakyat yang mematuhi undang-undang dan sudah mendaftar masuk,” katanya.

Di media sosial, Zhou menyamakan pengalaman itu dengan menjadi subjek serbuan dilakukan polis untuk menangkap pelacur dan pelanggan.

Artikel itu mencetuskan kritikan ke atas polis di media sosial, membawa kepada permohonan maaf daripada pihak berkuasa tempatan dan seorang pegawai digantung dan disiasat, lapor media.

Ketika wartawan asing di China kerap menulis mengenai pengalaman diganggu polis, amat jarang bagi wartawan tempatan mengadu secara terbuka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 November 2018 @ 9:17 PM