KAWASAN yang musnah di Idlib. FOTO/AFP
KAWASAN yang musnah di Idlib. FOTO/AFP
AFP

BEIRUT: Gesaan antarabangsa meningkat hari ini bagi mengelak ‘pembunuhan beramai-ramai’ tentera rejim Syria di wilayah terakhir ditawan pemberontak di Idlib, dua hari sebelum pertemuan antara kuasa besar yang menyokong kerajaan dan pembangkang.

Tentera berkumpul di pinggir wilayah barat laut di sempadan Turki selama beberapa minggu, meningkatkan kebimbangan satu bencana kemanusiaan pada skala belum dilihat dalam konflik tujuh tahun di Syria.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini memberi amaran kepada Damsyik supaya mengelak tentangan penuh terhadap rantau dikatakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menempatkan hampir tiga juta penduduk.

“Satu pembunuhan beramai-ramai mungkin berlaku jika hujan peluru berpandu di sana,” kata Erdogan yang mana negaranya menyokong pemberontak Syria.

Beliau berkata demikian dua hari sebelum bertemu Presiden Iran dan Russia yang menyokong rejim di Tehran bagi membincangkan masa depan wilayah itu.

Kebimbangan global meningkat sejak beberapa hari lalu berhubung ancaman tentangan rejim bagi menyingkirkan pemberontak dari wilayah Idlib dan kawasan sekitar, kubu kuat terakhir yang masih berada di tangan pembangkang.

Selasa lalu, wakil damai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Syria, Staffan de Mistura menggesa Erdogan dan Presiden Vladimir Putin bercakap di telefon sebelum pertemuan Jumaat ini.

Mistura menggesa usaha ‘mengelak pertempuran besar-besaran mungkin di wilayah konflik Syria yang berakhir dengan pertumpahan darah.’

Lebih separuh Idlib dikawal pemberontak daripada bekas sekutu Al-Qaeda, Hayat Tahrir al-Sham (HTS), sementara bakinya ditawan pemberontak disokong Turki.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 1:14 AM