EARL F. Brosnahan Jr (kiri) dilaporkan meninggal pada Rabu. Foto Facebook
EARL F. Brosnahan Jr (kiri) dilaporkan meninggal pada Rabu. Foto Facebook
Reuters

BAPA pereka fesyen, Kate Spade, dilaporkan meninggal dunia kira-kira dua minggu selepas anak perempuannya itu mati akibat bunuh diri.

“Tahap kesihatan Earl F Brosnahan Jr, 89, merosot sejak kebelakangan ini dan dia juga dilaporkan sedih dengan insiden membabitkan anak perempuan kesayangannya,” kata jurucakap keluarga Brosnahan dalam satu kenyataan.

Brosnahan yang lebih dikenali sebagai Frank dalam kalangan keluarga dan teman rapat dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Kansas City namun, keluarganya tidak mendedahkan punca kematiannya.

Spade, 55, salah seorang daripada enam anak Brosnahan ditemui mati di apartmen miliknya di New York City pada 5 Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 10:27 AM