PARAMEDIK sedang membantu mangsa serangan bersenjata di Salamanca. -Foto AFP
PARAMEDIK sedang membantu mangsa serangan bersenjata di Salamanca. -Foto AFP
Reuters

ENAM polis trafik maut selepas ditembak sekumpulan lelaki bersenjata di ibu kota Salamanca, Mexico, semalam, antara serangan paling dahsyat terhadap pasukan keselamatan sejak kebelakangan ini.

Menurut pentadbir kanan bandar Salamanca, Guillermo Maldonado dalam satu video yang disiarkan di televisyen Mexico, enam anggota polis itu sedang menjalankan pemeriksaan rutin semasa mereka dibunuh.

Namun, motif serangan yang berlaku pada siang hari itu tidak dapat dipastikan.

Menurut stesen penyiar tempatan Broadcaster Televisa, sekurang-kurangnya tiga lelaki bersenjata menaiki sebuah kereta putih melepaskan tembakan ke arah mangsa yang tidak bersenjata sebelum melarikan diri.

Menurut data rasmi, kes pembunuhan beramai-ramai mencapai tahap tertinggi hujung tahun lalu di Mexico dan meningkat tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Jun 2018 @ 2:27 PM