TIANG dan pokok tumbang memenuhi jalan raya. - Agensi
TIANG dan pokok tumbang memenuhi jalan raya. - Agensi
Agensi

New York (Amerika Syarikat): Sekurang-kurangnya enam maut termasuk dua budak lelaki dan dua warga emas akibat dihempap pokok selepas Taufan Riley melanda pantai timur Amerika Syarikat (AS) sejak kelmarin.

Bencana itu turut menyebabkan lebih 3,000 penerbangan dibatalkan dan kira-kira 3,000 lagi ditangguhkan, manakala Boston dan sebahagian Massachusetts ditenggelami air.

Kira-kira 1.4 juta penduduk di timur laut bergelap akibat terputus bekalan elektrik

AFP melaporkan, ribut itu membawa angin selaju sehingga 97 kilometer sejam.

Sekolah di Quincy, Massachusetts, ditutup dan anggota marin dikerah membantu menyelamatkan orang ramai dari jalan raya dan di kawasan dilanda banjir sedalam sehingga 1.8 meter.

Menurut Daily Mail, di New York dan Virginia, masing-masing seorang budak berusia 11 tahun serta enam tahun, maut selepas rumah dihempap.

Dua lelaki dewasa turut maut selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok dalam dua kejadian berasingan di Virginia dan Connecticut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Mac 2018 @ 6:03 AM