Anggota keselamatan Afghanistan di depan pejabat Save the Childrend  di Jalalabad, Afghanistan. - Foto REUTERS
Anggota keselamatan Afghanistan di depan pejabat Save the Childrend di Jalalabad, Afghanistan. - Foto REUTERS
AFP

SEKURANG-KURANGNYA 11 cedera akibat serangan kumpulan bersenjata terhadap pejabat Save the Childrend di Jalalabad, Afghanistan, hari ini.

Penyerang meletupkan kereta di luar pejabat agensi kebajikan Britain itu sebelum melepaskan bedilan bom tangan ketika menyerbu bangunan.

Jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani, berkata serangan bermula pada 9.10 pagi waktu tempatan.

“Sekumpulan lelaki bersenjata memasuki bangunan dan sehingga kini, 11 orang dibawa ke hospital,” katanya.

Serangan itu berlaku tiga hari selepas Taliban menyerang Hotel Intercontinental Kabul menyebabkan 22 terbunuh, sebahagian besarnya rakyat asing termasuk dua rakyat Amerika Syarikat.

Penyerang bersenjatakan raifal Kalashnikovs dan jaket bom bergerak dari satu bilik ke satu bilik mencari rakyat asing dalam serangan 12 jam itu.

Namun, jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid, melalui Twitter menyatakan mereka tidak terbabit dalam serangan di Jalalabad hari 8ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2018 @ 4:19 PM