Lukisan pada kerbau bagi menakutkan harimau.
Lukisan pada kerbau bagi menakutkan harimau.
Agensi

BERMULA dengan membuat lukisan pada kerbau bagi menakutkan harimau pada satu masa dahulu, aktiviti melukis kerbau kini menjadi pertandingan di wilayah Yunnan, China, yang menarik penyertaan dari Kemboja serta Vietnam.

Antara lukisan pada kerbau.
Antara lukisan pada kerbau.

Pertandingan yang diadakan pada 31 Disember tahun lalu, di daerah Jincheng, menarik penyertaan lebih 30 pasukan artis. Wilayah Yunnan bersempadan dengan Kemboja dan Vietnam.

Tubuh kerbau dihiasi lukisan pelbagai tema, termasuk budaya tempatan, kemajuan China serta hubungan baik ketiga-tiga negara.

Kerbau dengan lukisan bunga kebangsaan ketiga-tiga negara memenangi hadiah utama 100,000 yuan (RM61,654).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 10:31 PM