Mangsa lemas dikebumikan dalam satu liang lahad di Cox's Bazar, Bangladesh. - Foto REUTERS
Mangsa lemas dikebumikan dalam satu liang lahad di Cox's Bazar, Bangladesh. - Foto REUTERS
AFP

JUMLAH pelarian Rohingya yang maut selepas bot dinaiki mereka karam di muara Sungai Naf semalam, dianggar lebih 60 orang dengan 23 mayat sudah ditemui.

Bot yang sesak dengan pelarian itu karam melanggar batu ketika menghampiri tebing selepas perjalanan dua hari dengan kapten Bangladesh mengikut laluan jauh melalui laut bagi mengelak pasukan keselamatan Myanmar.

Ramai mangsa yang maut ialah kanak-kanak yang terlalu lemah untuk berenang ke tebing.

“Seramai 40 orang hilang dan dikhuatiri lemas,” kata jurucakap agensi pelarian antarabangsa, Joel Millman, di in Geneva.

Penumpang terselamat, Abdus Salam, berkata kapten tidak menyedari ada batu ketika menghampiri pantai Bangladesh lalu melanggarnya.

Pelarian Rohingya mengkebumikan mangsa di Cox’s Bazar, Bangladesh, hari ini.

Seorang lelaki, Shona Miah, 32, berkata isteri dan dua anak lelakinya terselamat, namun tiga anak perempuannya lemas.

Bot berkenaan membawa kira-kira 80 penumpang, termasuk 50 kanak-kanak,.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2017 @ 8:21 PM