KEADAAN pemberat dumbel yang dipecahkan selepas ia tersangkut di kemaluan seorang lelaki di Worms, Jerman. - Agensi
KEADAAN pemberat dumbel yang dipecahkan selepas ia tersangkut di kemaluan seorang lelaki di Worms, Jerman. - Agensi
Agensi

Worms (Jerman): Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kemaluannya tersangkut di dalam lubang pemberat dumbel.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu memberitahu, kejadian itu berlaku ketika dia bersenam di sebuah gim di Worms, Jerman pada Jumaat lalu.

Katanya, berlaku kesilapan ketika dia membuat latihan dumbel yang menyebabkan kemaluannya termasuk ke dalam lubang pada besi pemberat.

Kerana gagal mengeluarkan kemaluannya dari pemberat seberat 2.5 kilogram itu lelaki berkenaan segera dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, doktor juga gagal mengeluarkan kemaluan lelaki itu dan akhirnya terpaksa meminta bantuan bomba.

Beberapa anggota bomba yang tiba di hospital mengambil masa selama tiga jam dan menggunakan peralatan khas untuk membebaskan lelaki itu.

Doktor menyuntik ubat bius pada kemaluan lelaki itu sebelum bomba memecahkan pemberat berkenaan.

Bomba di Worms juga memuat naik gambar pemberat berkenaan yang sudah dipecahkan dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati.

“Tolong jangan tiru tindakan seperti ini,” katanya di laman Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2017 @ 1:17 AM