SETIAUSAHA Kementerian Luar Negara India, Deepak Mittal (kiri)dan wakil Pakistan, Syed Faraz Hussain Zaidi ketika mereka bertemudi mahkamah Dunia di The Hague, Belanda, semalam.  - AP
SETIAUSAHA Kementerian Luar Negara India, Deepak Mittal (kiri)dan wakil Pakistan, Syed Faraz Hussain Zaidi ketika mereka bertemudi mahkamah Dunia di The Hague, Belanda, semalam. - AP

The Hague: India mengheret Pakistan ke mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam dalam usaha menyelamatkan seorang pegawai tentera lautnya yang dihukum mati bulan lalu oleh sebuah mahkamah tentera Pakistan selepas didapati bersalah atas tuduhan mengintip.

“India percaya perbicaraan terhadap Kulbhushan Jadhav dilakukan secara tidak adil,” kata Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Luar, Deepak Mittal kepada hakim di Mahkamah Keadilan Antarabanagsa.

India menuduh Pakistan mencabuli konvensyen antarabangsa mengenai hubungan konsular apabila tidak membenarkan pegawai India menghubungi Jadhav selepas dia ditangkap tahun lalu.

“Adalah jelas Jadhav tidak diberikan hak untuk dibela oleh peguam pilihannya sendiri,” kata Mittal.

Kes itu mungkin mengambil masa lama untuk diselesaikan. Kerana itu India meminta mahkamah dunia itu serta-merta mengarahkan Pakistan mengambil semua langkah bagi memastikan Jadhav tidak menjalani hukuman mati sehingga perbicaraan di The Hague selesai.

Pihak berkuasa Pakistan sebelum ini menuduh Jadhav bertanggungjawab terhadap 1,345 kematian kerana kegiatan keganasannya. Dia menggunakan dokumen pengenalan palsu untuk ulang alik ke Pakistan dari Iran sebelum ditangkap pada 2016. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mei 2017 @ 9:41 AM