BURUNG merpati. (Gambar hiasan)
BURUNG merpati. (Gambar hiasan)
Agensi

Pathankot (India): Seekor burung merpati ditahan di penjara India kerana disyaki ‘pengintip’ selepas ia mendarat di Kampung Manwal, 4.2 kilometer dari sempadan Pakistan.

Burung itu ditemui Rabu lalu oleh seorang remaja berusia 14 tahun yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada haiwanberkenaan apabila melihat mesej dalam bahasa Urdu tertera pada ekornya berbunyi ‘Tehsil Skhakargarh, daerah Narowal,’ di samping beberapa nombor.

Daerah itu terletak di wilayah Punjab, Pakistan.

Remaja itu membawa burung berkenaan ke balai polis terdekat dan pegawai bersetuju burung itu mungkin mengintip.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 5:28 AM