FOTO Aziah Azmee
FOTO Aziah Azmee

Restoran Citra Rasa di Dorsett Putrajaya menawarkan Bufet Ramadan #Bismillah 6 April hingga 1 Mei ini.

Hidangan termasuk aneka ulam-ulaman kampung, aneka acar, kerabu, ikan masin, makanan laut dan hidangan istimewa oleh pelbagai cef termasuk Cef Wong (ikan kukus dengan sos istimewa, ketam cili Singapura), Cef Puad (ikan patin, kerapu, senangin masak asam pedas/ gulai tempoyak), Cef Mani (kari kepala ikan merah), pelbagai jenis kek, kurma, puding, kuih, aiskrim, buah-buahan tempatan dan sebagainya.

Persembahan nyanyian Isma dan Sri Mawar (6.45 petang hingga 9.15 malam) dan artis jemputan era 70-an seperti Razis Ismail, Rohana Jalil, Azian Mazwan Sapuan dan Datuk Hail Amir p setiap Jumaat.

Tempahan: 016-6680265, 03-88928388, [email protected]

Harga: RM138 (dewasa), RM78 (kanak-kanak berumur 5-12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2022 @ 4:52 PM