Pengarah Urusan Aeon yang baharu, Naoya Okada.
Pengarah Urusan Aeon yang baharu, Naoya Okada.

Kuala Lumpur: Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mengumumkan pelantikan Naoya Okada sebagai Pengarah Urusannya, berkuat kuasa 1 Mac 2024.

Beliau adalah Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi Aeon sejak 2022.

Pengerusi Aeon Datuk Iskandar Sarudin berkata, Lembaga Pengarah mengalu-alukan pelantikan Naoya sebagai pengarah urusan dan beliau memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Aeon.

"Naoya memainkan peranan penting dalam perjalanan transformasi Aeon.

"Beliau yang berwawasan dan mempunyai pengetahuan dalam pasaran strategik telah membantu Aeon lebih berdaya tahan dan tangkas untuk menghadapi cabaran masa depan," katanya dalam kenyataan.

Naoya akan menggantikan Keiji Ono, yang berkhidmat selama 27 tahun dalam

pelbagai peranan di Kumpulan Aeon di peringkat global.

Ono telah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan sejak Jun 2022, dan sebelum itu beliau adalah Presiden dan Wakil Pengarah Aeon Kemboja serta menyertai Aeon Co (M) Bhd selepas berkhidmat di Aeon Ryukyu Co Ltd di Jepun.

Di Malaysia, Ono telah menambah baik asas struktur pengurusan secara strategik dan terus merencana perancangan ke peringkat seterusnya untuk mencapai pertumbuhan.

Beliau akan kembali ke Aeon Jepun untuk menghadapi tugasan baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2024 @ 3:57 PM