PRESIDEN Sunway Universiti, Prof Sibrandes Poppema (kiri) dan Jiun selepas menandatangani MoU antara kedua-dua pihak.
PRESIDEN Sunway Universiti, Prof Sibrandes Poppema (kiri) dan Jiun selepas menandatangani MoU antara kedua-dua pihak.

CARSOME Academy dan Sunway University bekerjasama untuk membangunkan modul kemahiran insaniah untuk institusi latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) automotif di bawah program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Kurikulum ini dibangunkan selaras dengan keperluan untuk menyediakan set kemahiran yang lebih holistik untuk pelajar automotif.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Jiun Ee Teoh berkata, melengkapkan pelajar dengan kedua-dua kemahiran insaniah dan teknikal akan meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET Carsome Academy.

"Ia sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk berjaya mendapat peluang penempatan kerja di industri dan menyumbang kepada kesan produktif dalam ekonomi.

"Pendekatan kami adalah sentiasa mengutamakan DNA industri automotif dan fokus utama kami adalah pelajar.

"Kurikulum atas talian direka khas ini akan membantu mereka memperoleh pelbagai kemahiran profesional untuk berjaya dalam kerjaya mereka," katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Carsome Academy dan Sunway University di sini, kelmarin.

Menurutnya, program ini akan memberi peluang pelajar mempelajari teori dalam kelas sebanyak 30 peratus dan 70 peratus untuk dipraktikkan dalam industri.

Ia mengandungi enam modul kemahiran insaniah iaitu modul asas dan modul pertengahan Bahasa Inggeris, konsep asas kemahiran komunikasi Teknologi Maklumat (IT), prinsip pengurusan serta kemahiran berpikir dan penyelesaian masalah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2023 @ 7:20 AM