DARI kiri, Helga Angelina bersama Duta Jenama Green Rebel, Cef Kalidevan Murugaya dan Ketua Pegawai Inovasi dan Pengasas Bersama Green Rebel, Max Mandias menunjukkan produk syarikat.
DARI kiri, Helga Angelina bersama Duta Jenama Green Rebel, Cef Kalidevan Murugaya dan Ketua Pegawai Inovasi dan Pengasas Bersama Green Rebel, Max Mandias menunjukkan produk syarikat.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Green Rebel, syarikat pemula protein alternatif terkemuka di Indonesia kini melebarkan sayapnya ke Malaysia, menandakan pengembangan pasarannya yang kedua di luar Indonesia dan Singapura.

Green Rebel menawarkan daging alternatif berasaskan tumbuhan untuk pengguna Asia Tenggara yang ingin mencuba diet flexitarian yang lebih sihat.

Produk Green Rebel dibangunkan dengan teliti oleh chef, pakar pemakanan dan ahli teknologi makanan untuk menyediakan profil pemakanan dan rasa yang optimum sambil mengurangkan jejak karbon.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Green Rebel, Helga Angelina Tjahjadi berkata, pihaknya teruja untuk pelancaran rasmi di Malaysia kerana rakyat Malaysia dikenali sebagai penggemar makanan yang suka mencuba produk baharu yang kaya perisa.

"Sebelum memperkenalkan produk secara rasmi pada hari pelancaran, kami mengadakan prapelancaran beberapa bulan yang lalu melalui penyertaan dalam Malaysian Veg Fest dan juga melalui kerjasama kami dengan Hijau Kuala Lumpur untuk melihat maklum balas terhadap produk kami," katanya.

"Kami gembira untuk berkongsi bahawa rakyat Malaysia sangat mengalu-alukan dan maklum balas yang kami terima memberangsangkan, terutamanya untuk rangkaian khas kami seperti Beefless Rendang & Satay kerana perisanya menepati citarasa semua.

"Ini adalah bukti keupayaan kajian dan pembangunan (R&D) kami untuk mencipta produk yang lazat, sihat dan mampan. Pertukaran kepada diet flexitarian adalah lebih mudah dengan produk sejuk beku kami yang sedia untuk dimasak," katanya dalam kenyataan.

Produk Green Rebel sedia untuk dimasak dan hanya akan mengambil masa kurang daripada enam minit untuk dihidangkan dari peti sejuk ke meja makan dan boleh bertahan sehingga 12 bulan di dalam peti sejuk.

Antara produknya termasuk ayam dan daging lembu alternatif, protein sayuran dan keju.

Ia direka untuk mereka yang mempunyai jadual harian dan gaya hidup yang sibuk kerana ia adalah pilihan yang mudah dan sudah diamalkan oleh banyak keluarga dalam penyediaan makanan harian mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2022 @ 8:00 AM