SEAN Wang memaklumkan sebanyak 250 trak tunda Allianz Road Rangers bersedia  di seluruh negara.
SEAN Wang memaklumkan sebanyak 250 trak tunda Allianz Road Rangers bersedia di seluruh negara.

Kuala Lumpur: Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) menyediakan trak tunda, pacuan empat roda dan karavan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan menunda dan bersedia untuk menggerakkan aset tuntutan banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang berkata, sebanyak 250 trak tunda Allianz Road Rangers di seluruh negara.

"Kami menyediakan tujuh pacuan empat roda, sebuah karavan dan sebuah pasukan penyelaras di seluruh negara untuk mempercepat penyiasatan bagi memastikan penyelesaian tuntutan pantas," katanya.

Menurutnya, bencana alam adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka, tetapi semua pihak boleh mencari cara untuk menguruskan dan mengurangkan risiko dengan lebih baik.

"Langkah pertama memastikan kita mempunyai perlindungan insurans kediaman dan peril khas untuk kenderaan.

"Dengan cara ini, anda boleh menerima pampasan sebarang kerugian dan boleh membantu anda kembali berdikari.

"Kedua, jika anda tinggal di kawasan mudah banjir, mula rancang pelan kecemasan dan berkomunikasi dengan keluarga.

"Sediakan kit kecemasan barangan penting yang anda perlukan dan jadikan rumah anda kalis air semampu mungkin," katanya.

Untuk pelanggan Allianz General Insurance, mereka boleh hubungi talian 1-800-22-5542 untuk bantuan menunda (pemegang poisi Komprehensif Motor) atau mempercepatkan tuntutan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2022 @ 7:20 AM