ARANOLS menunjukkan Teh Lively.
ARANOLS menunjukkan Teh Lively.

NESTLE memperkenalkan barisan minuman baharunya, Teh Lively yang menggabungkan perisa buah-buahan kegemaran rakyat Malaysia dengan dengan ekstrak daripada tumbuhan yang diakui berkesan dalam mengembalikan tenaga kepada tubuh badan.

Kandungan gula dalam Teh Lively juga jauh lebih rendah berbanding minuman berasaskan teh lain.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, pihaknya teruja melancarkan minuman teh ais pertama Nestle yang mengandungi adaptogen dan kandungan gula lebih rendah berbanding minuman berasaskan teh lain di pasaran.

"Teh Lively diilhamkan untuk memberi rakyat Malaysia pengalaman menyegarkan dan merangsangkan bagi membantu mengembalikan ketenangan fikiran, kesegaran badan dan tenaga.

"Teh Lively boleh didapati dalam tiga varian teh hitam yang menarik, dengan kesegaran rasa teh baru dibru dan diperkaya dengan adaptogen yang diekstrak daripada Guarana, Lemon Balm dan Schisandra, semuanya dengan kandungan gula lebih rendah, " katanya dalam kenyataan.

Ekstrak adaptogen adalah bahan berasal daripada tumbuhan yang terkenal kerana kesan kebaikannya dalam menangani tekanan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Oktober 2021 @ 7:10 AM