TEKNOLOGI Enzim Tumbuhan dan perlindungan fito dalam variasi ubat gigi Himalaya membantu mengurangkan masalah oral.
TEKNOLOGI Enzim Tumbuhan dan perlindungan fito dalam variasi ubat gigi Himalaya membantu mengurangkan masalah oral.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Hampir semua dalam kalangan kita pernah atau masih menghadapi masalah nafas berbau, cuma ia berlaku pada tahap berbeza.

Ada yang teruk hinggakan alat bantuan seperti gula-gula pudina dan cecair penyembur atau kumuran tidak berupaya mengatasinya.

Tidak kurang pula yang bersifat sementara iaitu ia hanya berlaku selepas mengambil makanan tertentu atau tidak menjaga kebersihan mulut secara teratur.

Dianggarkan 35 hingga 45 peratus manusia seluruh dunia mengalami halitosis atau lebih dikenali sebagai mulut berbau pada satu tahap dalam hidup mereka.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, ia adalah salah satu bentuk ketidakupayaan sosial dan satu dalam tiga orang daripada populasi dunia menghidap halitosis pada kadar sederhana hingga teruk.

Kebanyakan yang mengalami masalah nafas atau mulut berbau juga berkemungkinan mengalami tekanan dan kemurungan terhadap ketidakupayaan sosial ini.

Namun lazimnya masalah nafas berbau ini berpunca daripada kebersihan mulut yang tidak memuaskan, kerosakan gigi atau karies gigi, penyakit gusi seperti periodontium dan mulut kering.

Sama ada suka atau tidak, kita hidup di dunia yang mengutamakan penampilan luaran. Gambaran awal terutamanya menentukan sama ada kita berjaya melakukannya atau tidak.

Justeru, apabila seseorang mengalami masalah nafas berbau, sedikit sebanyak ia menjejaskan penampilan luaran, sekali gus membuatkan tahap keyakinan diri individu itu semakin rendah.

Menyedari pentingnya menjaga kesihatan mulut dan me­ngelakkan masalah nafas berbau ini, Himalaya tampil dengan kempen ‘Himalaya Wellness, Membantu Anda Atasi Halangan’ yang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan oral sebagai permulaan dalam penampilan diri.

Jelas Denise Yan, Pengurus Besar Pemasaran Embun Elit, pengedar tunggal Himalaya di Malaysia, masalah nafas berbau bukanlah satu kekurangan atau kelemahan pada diri seseorang tetapi lebih kepada pengurusan kesihatan dan penjagaan diri yang teratur.

“Ia perkara biasa dan kita semua pernah mengalaminya terutama selepas bangun tidur. Namun bagi yang mengalami masalah nafas berbau yang teruk, ia memerlukan perhatian dan tindakan segera.

“Matlamat Himalaya ialah memberikan pendidikan dan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan untuk setiap isi rumah. Kami percaya masalah nafas berbau ini boleh diatasi dengan memberi tumpuan kepada penjagaan oral dan diharapkan lebih ramai yang tampil yakin menerusi kempen ini,” katanya.

Nafas berbau sememangnya memalukan dan perkara asas yang perlu dilakukan bagi membantu mengatasinya ialah membersih atau memberus gigi dengan betul.

Selain mengelakkan nafas berbau, penggunaan ubat gigi dapat mengatasi masalah kesihatan oral lain seperti gigi kekuningan, kaviti dan membantu ke arah gusi yang lebih sihat.

Seperti apa yang ditekankan Himalaya, penggunaan produk ubat gigi yang sesuai dapat membantu mengurangkan masalah nafas berbau ini. Disebabkan itulah rangkaian ubat gigi Himalaya diformulasi dengan 100 peratus kandungan tumbuhan dan herba serta bahan bebas paraben.

“Sebagai pengguna yang peka pada bahan kimia dan kandungan lain dalam produk penjagaan diri yang digunakan, tahap penerimaan serta penggunaan produk herba oleh pengguna dilihat semakin meningkat secara keseluruhannya.

“Atas faktor itu, Himalaya berterusan memperkenalkan bahan semula jadi yang bersifat penyembuhan dan melegakan seperti delima, cengkih, bayam serta beberapa bahan lain yang digunakan dalam rangkaian produk kami,” tambah Denise.

Dengan empat variasi, rangkaian ubat gigi Himalaya ini dirumus bagi melindungi gusi, membantu mencegah pendarahan gusi dan mengekalkan kesihatan mulut untuk kesegaran sepanjang hari.

Ubat gigi Herbals Complete Care Herbal terdiri daripada delima dan ekstrak neem membantu memberi perlindungan daripada kuman sepanjang hari, sekali gus mengurangkan pembentukan plak.

Ubat Herbals Active Fresh Herbal pula dihasilkan daripada bahan herba menyegarkan seperti menthol, miswak, cengkih, adas dan jintan hitam yang membantu kesegaran nafas tahan lebih lama.

Variasi Herbals Sparkling White seterusnya membantu menghilangkan ton tidak sekata pada gigi dalam tempoh dua minggu menerusi Teknologi Enzim Tumbuhan yang diperoleh daripada bahan aktif seperti miswak, betik, nanas dan cengkih.

Sementara Herbals Sensitive berasaskan perlindungan fito yang mengandungi miswak, ekstrak kulit badam dan menthol untuk memberikan kesan kelegaan pada gigi serta gusi sensitif.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2015 @ 1:50 PM