JAY
JAY

Kuala Lumpur: Seorang atendan pam berusia 72 tahun yang berasal dari Bedong, Kedah muncul antara pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) pada Jun.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, walaupun bergelar jutawan, beliau masih meneruskan simpanan dan mengajak orang ramai terutama golongan muda menyimpan dalam SSP.

"Jutawan Jun yang kedua seorang pesara berusia 82 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur.

"Dia menekankan betapa pentingnya menyimpan dari awal dan mengamalkan tabiat menyimpan secara konsisten demi kemudahan pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan.

BSN meneruskan pencarian jutawan menerusi Cabutan Istimewa SSP yang berpeluang memenangi RM1 juta.

Empat lagi penyimpan SSP dinobatkan sebagai jutawan bagi Jun sehingga Ogos 2021, menjadikan jumlah terkini jutawan SSP seramai sembilan orang daripada 14 jutawan keseluruhannya.

Kesemua pemenang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum dan umur yang berbeza antara 17 tahun hingga 82 tahun.

Menurutnya, seorang lagi pemenang adalah pelukis pelan berusia 38 tahun dari Padang Temu, Melaka yang membawa pulang RM1 juta bagi Cabutan Istimewa BSN SSP Julai.

"Beliau menyatakan terdapat banyak hadiah lumayan boleh dimenangi dan pulangan kompetitif apabila menyimpan dalam BSN SSP Special Edition (BSN SSP SE).

"Manakala jutawan bagi Ogos adalah pesara berusia 59 tahun yang juga berasal dari Melaka. Menetap di Merlimau, beliau yang ada empat anak memilih menyimpan dalam SSP untuk pelaburan masa hadapan keluarganya," katanya.

Katanya, sehingga September 2021, jumlah penyimpan BSN SSP yang dicatatkan adalah lebih empat juta orang dengan jumlah simpanan melebihi RM4.3 bilion.

"Bagi sembilan bulan tahun ini, kami menyaksikan lebih 69,000 penyimpan baharu menyimpan dalam SSP.

"Justeru, kami ingin menyeru lebih ramai lagi rakyat Malaysia menyimpan dengan BSN sekali gus berpeluang menjadi jutawan SSP," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 September 2021 @ 7:02 AM