PANADOL mengumumkan kempen penjagaan diri untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesakitan dan demam pasca vaksinasi Covid-19 di seluruh negara.

Dalam menyokong usaha kerajaan memerangi keraguan dalam kalangan rakyat untuk menerima vaksin dan meningkatkan pengambilan vaksin, Kempen Pasca Vaksinasi Covid-19 Panadol ini merangkumi perkongsian tip dan maklumat mengenai cara mengendalikan simptom pasca vaksinasi seperti kesakitan dan demam dengan Panadol.

Pengurus Besar Penjagaan Kesihatan Pengguna GlaxoSmithKline (GSK) Malaysia, Bryan Wong berkata, pihaknya menyokong sepenuhnya usaha kerajaan memberi vaksin kepada sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menjelang Februari 2022.

"Kami gembira melihat kadar penerimaan vaksin Covid-19 yang tinggi di Malaysia dan kadar pemberian vaksinasi juga terus meningkat.

"Untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin, ia penting untuk kami memainkan peranan dalam mendidik orang ramai mengenai kepentingan vaksin Covid-19 serta memberikan panduan tepat, sebagaimana disyorkan pihak berkuasa kesihatan awam, mengenai penggunaan Panadol sebagai rawatan simptomatik pasca vaksinasi Covid-19," katanya.

Kempen Pasca Vaksinasi Covid-19 Panadol dilancarkan mengikut fasa mulai Jun 2021 meliputi video pendidikan dan kandungan bermaklumat di pelbagai platform digital dan laman sosial Panadol Malaysia, media serta di semua premis jualan tempatan seperti Watsons dan 99 Speedmart di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Ogos 2021 @ 7:20 AM