Panadol merasa bertanggungjawab mendidik orang ramai tentang kepentingan vaksin serta memberikan panduan penggunaan Panadol sebagai rawatan simptomatik pasca vaksinasi Covid-19. - FOTO Panadol
Panadol merasa bertanggungjawab mendidik orang ramai tentang kepentingan vaksin serta memberikan panduan penggunaan Panadol sebagai rawatan simptomatik pasca vaksinasi Covid-19. - FOTO Panadol
Hanis Aliaa Hidzir

PANADOL baru-baru ini mengumumkan Kempen Pasca Vaksinasi Covid-19 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesakitan dan demam pasca vaksinasi Covid-19 di seluruh negara.

Menyokong usaha kerajaan memerangi keraguan vaksin serta inisiatif meningkatkan pengambilan vaksin, Kempen Pasca Vaksinasi Covid-19 Panadol merangkumi perkongsian tip dan cara pengendalian simptom pasca vaksinasi Covid-19 seperti kesakitan dan demam dengan Panadol.

Pengurus Besar Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK Malaysia Bryan Wong berkata, Panadol menyokong penuh usaha kerajaan memberi vaksin kepada sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menjelang Februari 2022.

"Bagi mencapai imuniti kelompok secepat mungkin, penting untuk kami memainkan peranan mendidik orang ramai tentang kepentingan vaksin serta memberikan panduan penggunaan Panadol sebagai rawatan simptomatik pasca vaksinasi Covid-19 seperti yang disyorkan oleh pihak berkuasa kesihatan awam," katanya.

Image

Kempen ini dilancarkan secara berfasa mulai Jun 2021, meliputi video pendidikan dan kandungan bermaklumat di pelbagai platform digital, laman sosial Panadol Malaysia, media, serta premis jualan tempatan seperti Watsons dan 99 Speedmart di seluruh Malaysia.

Sumber pendidikan mengenai vaksin Covid-19 dan penjagaan pasca vaksinasi untuk pesakit turut diberikan kepada 2,000 ahli farmasi dan penolong farmasi di seluruh negara.

Risalah dengan ilustrasi ringkas mengenai Covid-19 yang mengandungi tip pengurusan simptom pasca vaksinasi Covid-19 seperti mengurangkan kesakitan dan demam dengan Panadol juga akan diedarkan di 700 klinik am dan farmasi untuk masyarakat umum.

Menerusi usaha ini, Panadol berharap dapat meningkatkan akses pengetahuan kesihatan dalam kalangan komuniti supaya mereka dapat mencari maklumat tepat untuk melengkapkan proses vaksinasi Covid-19 tanpa ragu.

"Kami ingin menasihati rakyat Malaysia agar mengikis sebarang keraguan mengenai vaksinasi Covid-19 dan daftarkanlah diri dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

"Pengambilan vaksin bukan sahaja baik untuk diri mereka dan orang yang tersayang, tetapi juga untuk kesihatan, kesejahteraan sosial dan ekonomi negara," kata Wong lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Ogos 2021 @ 10:49 AM