Tune Hotel di klia2. FOTO arkib NSTP
Tune Hotel di klia2. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Tune Hotel Kuala Lumpur International Airport (KLIA-KLIA2) dinobatkan sebagai Hotel Lapangan Terbang Terkemuka Asia untuk tahun kedua berturut-turut oleh World Travel Awards (WTA).

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Ormond Group Gareth Lim berkata, anugerah ini adalah antara pelbagai anugerah lain yang dimenangi kumpulan untuk tahun ini.

Ormond Group ialah syarikat induk Tune Hotel KLIA-KLIA2.

Lim berkata, hotel itu mencapai kejayaan dengan mengalahkan pesaing terkemuka lain dalam kalangan kumpulan hotel antarabangsa.

"Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar untuk industri hospitaliti tetapi saya amat berbangga dengan usaha dan ketekunan pasukan kami dalam menyediakan perkhidmatan sebaik mungkin kepada tetamu," kata beliau.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2020 @ 12:24 PM