GAMEEL
GAMEEL
Nabil Basaruddin


THABET Group menerusi anak syarikatnya, Pan Asian Dairies Sdn Bhd memilih menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran produk tenusunya sebagai pintu masuk untuk pasaran di rantau Asia Tenggara.

Malah, Malaysia dipilih berdasarkan prestasi dan reputasinya dalam sektor halal menjadikannya sebagai sebuah negara maju dengan standard pembuatan yang tinggi.

Pengarah Pan Asian Dairies, Gameel Thabet berkata, kedudukan Malaysia yang strategik dan dasar mesra pelabur membuatkan pihaknya untuk beroperasi di negara ini.

Beliau berkata, sebagai permulaan, Pan Asian Dairies akan memulakan operasi pengeluaran produk tenusunya untuk pasaran Malaysia seawal suku pertama tahun depan.

“Untuk permulaan, kami akan mula memasarkan produk kami di pasaran tempatan terlebih dulu sebelum mula mengeksport ke negara Asean lain.

“Bagi membantu melicinkan pengeluaran produk tenusu ini, kami mempunyai kilang di Bandar Seri Sendayan di Negeri Sembilan yang mana ketika ini siap 70 peratus dan boleh beroperasi pada suku pertama 2020,” katanya.

Kilang yang terletak di Seremban itu mempunyai kapasiti pengeluaran produk tenusu hingga 200,000 liter sehari yang mana ia adalah yang pertama di luar Yaman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 12:27 PM