Hunza Properties Bhd

GALERI jualan komponen kediaman terbaru Hunza Properties Bhd, MUZE yang dilancarkan minggu lalu, bakal membawa kehidupan ke tahap baru bagi Bandaraya Komersial Antarabangsa Pulau Pinang (PICC).

Pameran unit rumah yang terletak di Bayan Baru itu adalah fasa pertama daripada keseluruhan pembangunan PICC terdiri daripada 846 unit. Ia sekali gus memberi peluang kepada pembeli melihat jenis rumah dengan lebih terperinci.

Pengarah Urusan Kumpulan Hunza, Datuk Khor Siang Gin berkata, MUZE merentasi dua menara 52 hingga 58 tingkat, terdiri tiga hingga lima bilik dengan keluasan antara 1,087 hingga 5,264 kaki persegi.

Katanya, ia membawa kehidupan ke tahap baru dengan dilengkapi empat kawasan kemudahan merentasi tingkat tujuh.

“Ini adalah lokasi utama untuk hubungan strategik dan peluang menjadi sebahagian daripada kehidupan dunia baru di Pulau Pinang.

“Pembangunan direka dengan kekal kehijauan, selamat dan bijak. Rumah kediaman juga dihiasi dengan ciri-ciri pintar termasuk sistem kawalan rumah bersepadu, pengesan haba, kunci pintu pintar, pengesan bergerak, pengawal IR untuk penghawa dingin dan lampu dan sebagainya.

“Penduduk di MUZE akan menikmati akses mudah seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Jambatan Pulau Pinang, pusat membeli-belah, pasar raya besar, restoran, pusat konvensyen, sekolah dan hospital yang terletak hanya dalam beberapa minit,” katanya.

Pada masa sama, Hunza Properties Berhad turut melancarkan taman tema 'Glow In The Park' di galeri jualan PICC.


Ia diubah menjadi taman menakjubkan terdiri daripada kira-kira 20,000 lampu LED berbentuk bunga, rama-rama dan kincir angin.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Hunza, Lily Tan Siew Feng berharap orang ramai mengambil peluang untuk datang melawat taman LED sebelum ditutup pada 30 Jun ini.

Taman LED dibina dengan keluasan 25,000 kaki persegi membolehkan orang ramai membawa keluarga dan rakan untuk berehat selepas seharian bekerja dan berhubung dengan alam semula jadi.

Mereka yang berminat boleh melawat taman dan unit pameran MUZE, galeri jualan PICC yang dibuka pada jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari, sehingga 30 Jun.

Ia sedikit sebanyak membantu pencari rumah mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai PICC.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ‘Glow In The Park’ dan MUZE, hubungi 04-6090 688 atau layari www.picc-penang.com

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2019 @ 9:00 AM