AYRA adalah pembangunan kediaman terkini  Sime Darby Property di Bandar Bukit Raja, Klang​.
AYRA adalah pembangunan kediaman terkini Sime Darby Property di Bandar Bukit Raja, Klang​.
HM Digital

Kuala Lumpur: Sime Darby Property menawarkan pembangunan kediaman terbaru dikenali sebagai Ayra di Bandar Bukit Raja, Klang yang menawarkan persekitaran mesra yang menggalakkan gaya hidup sihat.

Pengurus Besar Sime Darby Property Mohd Idris Abdullah berkata, Ayra menerapkan reka bentuk kediaman yang terbaik dari segi kelestarian dan keupayaan bagi memenuhi keperluan pelbagai generasi.

“Kami yakin bahawa produk ini akan diterima baik kerana ia menawarkan ciri kediaman yang lengkap,” katanya.

Ayra adalah pembangunan pegangan bebas seluas 23.91 ekar yang terdiri daripada 280 unit kediaman dua tingkat berangkai 20 x 75 kaki dengan kawasan terbina bermula daripada 1,901 kaki persegi.

Menurutnya, pihaknya menawarkan pemilikan mudah dengan pakej pelancaran yang menarik pada harga bermula dari RM683,888.

“Ayra adalah pembangunan kediaman terkini di perbandaran ini selepas kejayaan jualan Athira dan Azira pada awal tahun ini, dengan kadar ambilan masing-masing sebanyak 90 peratus dan 80 peratus.

“Dengan jolokan ‘Perbandaran Kebanggaan Klang’, ia antara perbandaran utama Sime Darby Property yang menawarkan ketersambungan terbaik, komuniti yang mesra dan persekitaran yang menggalakkan kehidupan sihat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Julai 2018 @ 8:41 AM