MAH (dua dari kanan) ketika merasmikan PIPOC 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
MAH (dua dari kanan) ketika merasmikan PIPOC 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Nilai eksport minyak sawit dijangkakan melebihi RM70 bilion tahun ini berbanding RM67 bilion yang direkodkan tahun lalu, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata nilai eksport yang lebih tinggi itu didorong oleh import dari negara Eropah, India, China, ASEAN dan pasaran baru seperti Iran.

“Iran menawarkan potensi besar bagi pengeksport kerana tahun ini import minyak sawit Malaysia meningkat. Inilah faktor kami berusaha keras untuk melihat pasaran baru,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2017 di sini, semalam.

Mah yakin industri minyak sawit akan lebih baik tahun ini berbanding tahun lalu memandangkan nilai eksportnya meningkat 22 peratus kepada RM51 bilion sehingga Ogos 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 2:21 AM