PERKHIDMATAN MRT sepanjang 51 kilometer.
PERKHIDMATAN MRT sepanjang 51 kilometer.
HM Digital

Kerajaan sudah memperkenal dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menambah baik pengangkutan awam termasuk beberapa perkhidmatan rel yang baru, memperluas dan menaik taraf rangkaian sedia ada.

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) adalah perkhidmatan rel antara bandar dikendalikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Perkhidmatan ETS pertama dari Kuala Lumpur ke Ipoh mula beroperasi pada 12 Ogos 2010 dan laluan itu dipanjangkan dari Padang Besar ke Gemas pada 10 Oktober 2015 dengan jarak 755 kilometer (km) dan mempunyai 44 stesen.

Selain itu, pada Disember 2010, kerajaan meluluskan projek Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang. Pembinaan laluan pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) mempunyai jarak 51 km dengan 31 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah.

Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) pula adalah laluan kedua yang dibangunkan di bawah projek berkenaan dan akan menjadi komponen penting sistem pengangkutan awam Lembah Klang dengan penyediaan liputan rel sepanjang koridor Sungai Buloh ke Putrajaya.

Selain laluan Transit Aliran Ringan (LRT) sedia ada, LRT 3 akan menghubungkan Bandar Utama dengan Klang dalam tempoh 58 minit dan laluan berkenaan mempunyai jarak keseluruhan 37 km dijangka dapat memberi perkhidmatan kepada dua juta orang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Oktober 2017 @ 11:33 AM