LRT menjadi kemudahan pengangkutan awam terbaik di Kuala Lumpur. - Foto NSTP (Fail)
LRT menjadi kemudahan pengangkutan awam terbaik di Kuala Lumpur. - Foto NSTP (Fail)

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang, dengan jarak 18.1 kilometer (km) akan mula beroperasi pada Mac 2016.

Sementara, projek sambungan Beliau berkata kedua-dua projek sambungan berkenaan menelan belanja RM10 bilion.

Perdana Menteri turut mengumumkan projek Transit Aliran Massa (MRT) jajaran Sungai Buloh sehingga Semantan akan mula beroperasi pada Disember 2016 manakala Fasa Dua projek itu meliputi jajaran Semantan ke Kajang dijangka siap pertengahan 2017.

"Projek ini (MRT Sungai Buloh-Semantan-Kajang) dengan jarak 51km sedang dilaksanakan dengan kos RM32 bilion," katanya membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, Najib turut menjelaskan kerajaan sudah memulakan pelbagai inisiatif memperkasa rangkaian perhubungan awam, antaranya projek MRT II dari Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dengan jarak 52km, akan memanfaatkan dua juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan RM28 bilion yang dijangka siap menjelang 2022.

Selain itu, Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara ke Johan Setia, Klang dengan jarak 36km, dijangka siap sepenuhnya pada 2020 dengan kos RM10 bilion.

Bagi perkhidmatan awam bas, Perdana Menteri mengumumkan projek Bas Rapid Transit atau BRT KL-Klang pada kos melebihi RM1.5 bilion dan BRT Kota Kinabalu dengan kos hampir RM1 bilion, akan dilaksanakan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 9:01 PM