PEMANDU Red Bull, Max Verstappen juarai Grand Prix Mexico di Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City pagi tadi. FOTO REUTERS
PEMANDU Red Bull, Max Verstappen juarai Grand Prix Mexico di Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City pagi tadi. FOTO REUTERS
AFP

Mexico City: Max Verstappen menepati ramalan apabila memenangi Grand Prix (GP) Mexico sekali gus menyamai rekod Alain Prost dengan 51 kemenangan Formula Satu pagi tadi apabila dia mencatat rekod memenangi perlumbaan ke-16 musim ini.

Verstappen yang juga juara dunia memulakan perlumbaan di petak ketiga memperagakan pemanduan bertenaga untuk memintas pemandu di petak depan di awal saingan sekali gus memastikan Red Bull menamatkan perlumbaan di tempat pertama.

Biarpun berlaku insiden kemalangan terus babitkan pelumba Haas, Kevin Magnusson, situasi itu langsung tidak mengganggu fokus Verstappen untuk menamatkan perlumbaan 13.875 saat di depan Lewis Hamilton dan Charles Leclerc, dengan masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

"Ia amat menakjubkan. Untuk menang dari P3 (perak ketiga), ia memang mengagumkan. Saya bermula di P3 dan jentera terlalu hebat.

"Ia satu perlumbaan yang amat sengit dan sekarang saya tidak tahu, lebih banyak kemenangan mungkin 17 atau 18!," kata Verstappen.

Sementara itu, Hamilton akui lega dengan kejayaan di GP Mexico itu selepas penampilannya di Amerika Syarikay sebelum ini dibatalkan minggu lalu.

"Saya berasa segar. Saya menekan, tetapi tidaklah terlalu kuat. Ia satu keputusan hebat memandangkan kami bermula di petak keenam. Ia keputusan baik buat kami dalam beberapa minggu yang sukar," kata bekas juara dunia itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2023 @ 12:17 PM