PEMANDU Red Bull, Max Verstappen pada sidang media menjelang GP Hungary, hujung minggu ini. FOTO AFP
PEMANDU Red Bull, Max Verstappen pada sidang media menjelang GP Hungary, hujung minggu ini. FOTO AFP
AFP

Budapest: Juara dunia Formula Satu, Max Verstappen mengakui dia risau cabaran di Grand Prix (GP) Hungary, hujung minggu ini, apabila Red Bull tidak menang di litar itu sejak 2014.

Walaupun memiliki kelebihan 63 mata di depan pemandu Ferrari, Charles Leclerc, pemandu Belanda berusia 24 tahun itu berkata, rekod lalu pasukannya di litar berliku itu bermain di fikirannya.

Verstappen menikmati saat indah muncul juara selepas Leclerc yang mendahului perlumbaan, terbabit dalam kemalangan dan terkeluar di GP Perancis, hujung minggu lalu.

"Saya suka memandu di sini kerana ia seperti memandu di trek go-kart dan sektor kedua yang menguji kemahiran teknikal," katanya.

"Tetapi, sukar untuk dikatakan bagaimana saya fikir prestasi kami pada hujung minggu nanti, ini bukan trek terkuat kami.

"Sudah tentu, saya mahu keputusan terbaik, jadi kami akan melakukan apa saja untuk menang sebagai pasukan."

Daniel Ricciardo yang kini bersama McLaren, menang perlumbaan pada 2014 apabila Sebastian Vettel, yang bermula di petak kedua, menduduki tempat ketujuh untuk pasukan Red Bull.

Hari ini, Vettel yang juga juara dunia empat kali mengumumkan akan bersara pada hujung musim ini, dan mendapat penghargaan daripada rakan di paddock dan pit-lane.

Verstappen gagal menang di Hungary dalam lima percubaan termasuk dua kali menduduki tempat kedua dan sekali menduduki tempat kelima.

Dia turut menyanjung Vettel yang menang di Hungary bersama Ferrari pada 2017, ketika Verstappen menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Di akhirnya, dia sudah mencapai banyak kejayaan dalam sukan ini dan dapat difahami sampai masa untuk dia bersara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2022 @ 8:25 AM